Marfu’ menurut bahasa merupakan isim maf’ul dari perkataan rafa’a (رفع iaitu mengangkat), dan ia sendiri bererti
“yang diangkat”.
Suatu hadith itu dinamakan marfu’ kerana disandarkannya kepada yang memiliki kedudukan tinggi, iaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Hadits marfu adalah hadits yang khusus disandarkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berupa perkataan, perbuatan atau taqrir beliau; baik yang menyandarkannya adalah sahabat, tabi’in atau yang lain; baik sanad hadith itu bersambung atau terputus.
Berdasarkan takrifan di atas, hadith marfu’ itu ada yang sanadnya bersambung, ada yang terputus.
Dalam hadith marfu’ ini tidak dipersoalkan sama ada ia memiliki sanad dan matan yang baik atau sebaliknya.
Apabila sanadnya bersambung, maka dapat disifat sebagai hadith shahih atau hadith hasan, berdasarkan darjat kesabitan dan keadilan perawi.
Bila sanadnya terputus, hadith tersebut disifatkan dengn hadith dhaif mengikuti perawi.
Thaghut
Apa itu Thaghut? Thoghut atau Thaghut adalah istilah dalam agama Islam yang merujuk kepada setiap yang disembah selain Allah yang rela dengan peribadatan yang dilakukan oleh penyembah atau pengikutnya, atau rela dengan ketaatan orang yang menaatinya dalam melawan perintah Allah. Bentuk-bentuk thoghut antara lain: Setan Thoghut ini selalu menyeru beribad … • Tagut, Thoghut