Hawari (singkatan dari Al-Hawariyyun, Bahasa Arab: الحواريون) merujuk kepada beberapa orang sahabat Nabi Isa `alaihis salam (kebanyakan sumber menyatakan 12 orang, namun ada pendapat lain) dari kaum Bani Israel (ada yang berpendapat dari kalangan Bani Kanaan (Can’an) dan Bani Filistin) yang sangat taat beragama dan juga tekun mempelajari Kitab Injil.
Kedua belas sahabat baginda ini sentiasa membenarkan apa yang diajarkan baginda kepada Bani Israil meskipun Ahli Dewan Syanhadrin (ahli dewan agama Yahudi) menolaknya dan mengatakan baginda sesat.
Mereka juga turut menjadi saksi Hidangan dari Langit selepas Allah memperkenankan permintaan mereka melalui doa Nabi Isa kerana mereka ingin memperkukuh keimanan mereka.
Namun Allah memberi firman daengan mengatakan sesiapa yang ingkar atau kafir selepas turunnya hidangan ini niscaya akan dibalas-Nya dengan azab yang tidak pernah diterima siapapun.
Kata-kata Allah memang benar, salah seorang sahabat baginda bernama Yahuda Iskhanuti (Judas Iscariot) memberitahu pemerintah Roma tentang ajaran Nabi Isa yang dikatakan mampu menumbangkan kerajaan Roma.
Allah menyelamatkan Rasul-Nya dengan mengangkat Nabi Isa `alaihis salam ke langit dan menukarkan wajah Yahuda Iskhanuti menyerupai Nabi Isa dan akhirnya Yahuda Iskhanuti yang mati disalib dan bukan Nabi Isa `alaihis salam.
Hawa`riyun adalah sebutan yang dikhususkan untuk merujuk kepada sahabat, murid dan pengikut Nabi Allah Isa Al-Masih (Nabi Isa `alaihis salam) saja, dan gelaran ini tidak digunakan untuk pengikut kepada Nabi dan Rasul yang lain.
Walau bagaimanapun semua Nabi dan dan Rasul ada Hawarinya (dalam artikata lain “pendamping yang tulus” atau “sincere companion”).
Al-Fajr
Apa itu Al-Fajr? Surah Al-Fajr adalah surah ke-89 dalam Alquran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 30 ayat. Dinamakan Al-Fajr yang berarti Fajar diambil dari perkataan Al-Fajr yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Nomor Surah Nama Surah Al Fajr< ... • Al-Fajr, Al Fajr